Sunday, January 31, 2010

Hanya 1 AHBK ~ Part 2

Finally, ada juga first entri untuk 2010. Cepatnya masa berlalu.. Hihi. Sebenarnya bukan takda masa langsung nak update, cuma banyaknya terluang pada hal-hal lain.. Cewah. Ok2 pasni ni aku ubah perangai. Atleast update once a week. =)

Back to our story, aku nak sambung balik episod tergendala yang aku saja2 nak bahagi2kan jadi banyak part. Jeng Jeng Jeng..

***
Everything running smooth.. Sampai tiba satu tahap (end of 2nd year tengah buat degree), kegilaan aku terserlah bila mula rasa bosan dan berpaling tadah. Berani betul aku main kayu tiga. Haish, sampai sekarang aku menyesal sangat2.

Ye, aku tau aku salah, aku jahat, aku tak jujur, aku macam2lah..

Tapi jangan lupa, kalau aku tak buat salah, macam mana aku nak belajar..? betul tak? hm..   

Owh kalau teringat balik semua tu, badan rasa menggigil. Tergamak aku jadi orang yang dah takda perasaan. Sedangkan selama ni dialah tempat aku kongsi susah senang sama2, tempat aku pinjam bahu bila nak nangis, wrestling, merajuk, mengada2, buat perangai pelik2, gosip panas, etc..

Malam tu..
Dia merayu..
Merayu jangan tinggalkan dia..  
Aku cuma berpaling.. Abaikan kehadiran dia..
Aku tambah lagi penderitaan dia..
"Maaf awak, saya dah ada orang lain.. Tolong pergi dari hidup saya.."
Saat tu aku nampak air mata lelakinya menitis.
Lemah longlai langkah dia tinggalkan rumah aku.
Aku buat2 baca novel. Sedangkan dalam hati aku dah mula berbelah-bahagi.
Rasanya macam nak balik kejar dia, minta maaf..
Mama berulang2 kali merayu, supaya aku ubah fikiran.
Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya dalam kepala ni, mana aku dapat kekuatan macam tu untuk biarkan dia berlalu pergi..

Kejamnya jadi aku.. Permata depan mata aku campak sebab terkejar2 kaca yang belum tentu asal usul.

Hampir 2 tahun berlalu..
Langit tak selalu cerah. Aku kecundang dengan angan2 yang aku cipta dari penderitaan orang lain. Hidup jadi messy. Pointer aku jatuh teruk. Untuk kali pertama, sem tu aku terlepas senarai dekan. Aku mula jauhkan diri dari family. Susah sangat aku nak bangkit semula. Mana2 aku pergi rasa gelap. Tiap2 malam dihantui mimpi ngeri. Aku jatuh sakit. Makan masa berbulan2 untuk sembuh..

Aku beranikan diri telefon dia. Tu pun setelah termakan pujuk mama. Dia tak tukar nombor.. Aku mula update semua cerita sepanjang 2 tahun aku menghilang.

Jawab dia, "Instinct saya kuat mengatakan awak akan balik pada saya. Tapi maaflah, saya dah ada pengganti awak.."

Saat tu aku hanya mampu senyum. Hati jadi kosong. Pada muka aku. Dulu aku buat dia, sekarang kena batang hidung sendiri.  

Berbulan2 aku menyepi.. Akhirnya bunga2 kebahagiaan mula hadir. Ternyata jodoh kami kuat. Dia kembali pada aku. Kembali seperti dahulu. Tapi kali ni lebih kukuh. Dia taknak aku terlepas lagi. Dia berjanji akan jadi yang terbaik untuk aku. 

Hm.. rupanya2nya selama ni dia tunggu aku. Hati dia langsung tak terniat untuk terima orang lain. Owh bertuahnya aku. Terima kasih Tuhan kerana anugerahkan AHBK. Aku berjanji akan jadi budak baik. Aku taknak ulang sejarah hitam tu lagi.. 

Seorang teman pernah berpesan ~

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.." =)

to be continued..

1 comment:

drop some comment (^_~)