Sunday, November 29, 2009

Epy Befday 2 Me.. ~ Tanjeobi omedetao noona chan..

He.. =D


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi, atas kurnia-Nya aku masih sempat bernafas & melihat dunia dalam keadaan sempurna. 



Hari ni aku da 24 tahun la.. Kejapnya masa berlalu.. Rasa baru semalam Cik Limah rotan aku pasal lari2 keliling rumah sampai pasu pecah. ~umur aku 2 tahun masa tu. 


Tapi Cik Limah cakap aku cam baru umur 4 tahun.
Perangai macam budak2 lagi. ~biasala.. konon2 kiut


Petang tadi aku dah tempah baju untuk majlis tunang..
Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, bulan 5 tahun depan langsunglah..


Dengan sape lagi kalau tak AHBK.. Aku berkawan dengan dia since tahun 2004. Tapi bila dah stabil ekonomi baru berani nak serius. ~sebenarnya aku terikat dengan kontrak Cik Limah. Belajar kena kasi abes dulu, kerja best2, baru boleh 'berkawan2'.. kikiki =)    


Sebenarnya aku punya perasaan bercampur-baur. Komitmen nak menuju ke alam perkahwinan ni besar. Cukup bersedia ke aku nak bagi 100% pada kerjaya dalam masa yang sama kena jaga family..? Setakat jaga Cik Limah + adik2 aku yang 2 kerat tu takda hal. Tapi bila da masuk family '1 lagi', ada la jugak menggeletar lutut. Banyak hati yang perlu dijaga. 


Hm.. 


Xpe, masih ada masa nak seimbangkan keadaan. 


Anyway, Kredit to CekBoi+CekEmy yang sponsor kek befday yang best ni. Kakak sayang korang walaupun kakak salu buli korang =D


Tak lupa pada Cik Limah yang bersusah payah masak Nasi Ayam sampai 25pot. Nasi Ayam mama TERBAEK!!!


Ha.. lupa pulak AHBK. tak pernah letih layan kerenah aku yang pelik2 ni. TQ syg.. 


& semua kawan2 yang wish. kerana Korang, aku masih berdiri. Thanks alot..


Bai.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Tunang2 Kak Masni..

Entri ni untuk Kak Masni. Sabtu ni (21/11/09) dia bertunang.
Aku tak dapat datang cuz kampung dia kat Ipoh.
Jadi, aku bersengkang mata malam ni buat kek fondant untuk dia.
Esok pas opis hour kena bagi dia ~ Jumaat dia dah cuti
Kak Masni ni senior aku masa kerja kat Standard Chartered dulu.
Konon2 mentor aku la.. Dia masih stay kat situ. Hehe
Anyway Kak Masni, ni je yang mampu aku buat.
Comot2 muka aku main tepung tau..
Terimalah seadanya =)





Okkeila kak, nak tido. Esok kena bekerja dengan bersungguh2.


**aku tengah kumpol2 knowledge pasal bakery stuff. Jika diizin Allah swt, aku nak bukak CakeHouse dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Amin..
**kredit to adik aku sebab jadi assistant chef. kikiki =P

Sunday, November 15, 2009

P.E.L.A.J.A.R.A.N

~Sebenarnya Lp ni suruh aku relax waktu hujung2 minggu. Jangan asyik nak mengadap kerja je. Tapi jangan la sampai hilang semua skali. Bikin panas ni.. 


~Jenuh nak kena balik opis Cyber semata2 amik data dalam Bizop. Install segala macam software. Nak kena ngadap Kak Lin minta tolong bagi copy report lepas2. Yang lagi best, emel Panda langsung xboleh buka. DNS error je memanjang.. 


~Bukan salah aku pun. Aku tersangatlah komited terhadap kerja. Cewah.. Janganlah orang cop aku ni pembawa masalah negara. Aku tak minta pun semua perkara ni jadi. Lepas satu2 perkara jadi. Ish, Astagfirullah.. Jangan mengeluh ye cik kookiez. Aku terima segala ujian-Mu dengan hati yang paling tabah..


~Setiap yang berlaku banyak hikmah. Pasal eksiden haritu, buat aku jadi sangat alert, terutama bila nak reverse kereta. Kopak juga la duit nak ganti spare-part. Pasal Lp ni, lagi banyak knowledge baru aku dapat. Alhamdulillah.. 


~Membanting tulang cari duit, kena korbankan sepenuh tenaga, masa & etc. Nak cari duit halal bai.. pasal aku nak bawa cik limah gi Mekah tahun 2012 =)   


~ Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin.. Dah nak hujung tahun ni. Banyak closing nak kena buat sempena Year End Process.. La Tahzan ye cik Kookiez. Tuhan selalu bersamamu..


da..

Thursday, November 12, 2009

ikhlas dari hati..


wajah kesayangan hamba..

tanpa dia saya x wujud..>off coursela, dah dia cik limahkan..

kerana dia,
saya berjanji dengan diri sendiri untuk kerja bersungguh2 & ikhlas sepenuh hati.
>saya nak kumpul duit, bawa dia pergi umrah & haji 3 tahun dari sekarang..

kerana dia, saya jadi tabah >saya tak pernah tengok dia menitiskan air mata walaupun macam2 ujian datang melanda. semuanya diterima dengan kalimah zikrullah. wa.. dia idola saya

kerana dia, saya tahu makna berjimat. fikir berpuluh2 kali sebelum berfoya2. >saya tahu, waktu lunch dia minum air sejuk je sebab nak bagi saya duit belanja tiap2 bulan. klu saya lapar, saya nanges. hehe..manja betul. konon2 gastrikla 

kerana dia, saya nekad nak score tiap2 sem >dia sanggup pinjam duit orang semata2 nak belikan buku saya. hari saya konvo, dia menitiskan air mata kesyukuran waktu saya atas stage, terima scroll. ijazah tu hadiah untuk dia kerana berjaya besarkan saya sorang2. =)

kerana dia, saya tau makna tanggungjawab >saya anak sulung, harapan keluarga untuk bantu dia besarkan adik2. saya juga powerpuff girl kaler pink. saya akan protect family dari sebarang kejahatan yang melanda. saya tak kan benarkan siapa2 buli dia. saya ketuk kepala orang yang buli tu laju2 nanti. ha..

*sebenarnya entri ni nak beritahu pasal apa saya semangat kerja bersungguh2. Tadi pukul 7.30pm++ baru sampai umah. tapi tiba2 jadi entri cik limah pulak. adoyai =D

Wednesday, November 11, 2009

besday wish =D

Besday wish taon ni,

~saya teringin nak reward diri sendiri dengan cara > mountain climbing kat Gunung Tahan. (tapi annual leave freeze. kena extend next early year)
~saya nak bli software antivirus baru, carry bag laptop kaler pink ada pix bunga2, dengan 1 storage box yang saya boleh sumbat semua file kerja2 saya..


agak2 santa clause saya wujud x? he =)

Friday, November 6, 2009

Hanya 1 AHBK ~ part 1

Saya dah makin banyak bercakap sekarang. Haha.. sebab tu kot saya dapat joint CDC.
Agaknya kalau saya beritahu orang lain dulu saya pendiam, mesti diorang ketawa sambil menari-nari makyong diiringi muzik caklempung.


Sebenarnya saya pendam sesuatu dalam hati lama sangat.


Lower 6 ~ 2003
Saya stay rumah ummi cuz jarak rumah saya ke sekolah, sumpah jauh gila. Saya rapat dengan sepupu sorang ni > yanti. Masa tu Yanti tengah tunggu result SPM. So, dia kerja part-time. Dia ni memang ramai kawan lelaki. Macam saya juga la.. Ni semua pengaruh sekolah teknik dulu. Maklumlah.. 90% darinya semua lelaki. Saya aktif tenis > state player lagi.. tu yang makin popular kot. kikiki.. Ok2 berbalik pada cerita asal, 1 malam tu, tengah sibuk buat revise paper pengajian am, tiba2 telefon rumah bunyi. Tergerak hati nak pick-up. Nak tunjuk bakat terpendam bergayut lama2.


A: salam, blh ckp dgn sha'adah(yanti)?
N: salam. owh, adah xda. dia kerja. ada pesanan?
A: xpelah. awk ni siapa?
N: sy sepupu dia. (dlm hati: apehal aku jadi peramah sgt ni?) 
A: sapa nama? kenapa duduk rumah adah?
N: N. awk siapa? knapa pulak sibuk nk tanya apsal duduk sini?
A: amboi garangnya.. sy A. kwn 1 sekolah adah.
.............
Perbualan diteruskan. ada la dalam nak dekat 2 jam.


Bermula dari saat tu hingga berbulan2 lamanya berlarutan. cewah..


Tiba2 ada la dalam seminggu dia tak contact.
Adoyai.. rasa hidup sepi gila. 
Tapi siapa saya ni kat hati dia sampai dia wajib contact hari2.
Saya ni dah falling in love ke? he


 to be continue..   






Wednesday, November 4, 2009

Menjelang hari khamis


Semalam - eksiden kat hospital PD
Hari ni - sesat nak pergi Tampin
Esok - saya nak puasa =)
Lusa - report setimbun


lalalalala...


Cik Limah dah nyenyak tidur.
Tiap2 malam saya tidur dgn Cik Limah.
Bila Cik Limah mengigau, saya peluk bantal Powerpuff kuat2.
Saya takut Cik Limah Karate saya. He
Bila saya kejut Cik Limah, dia terus terduduk.
Fuh.. (-.-)


anne > mama neh..
ma > mama ngigau apa tadi?
anne > mama suruh bakar TV
ma > he. dah2 tido. esok kerja..



Habis..

Tuesday, November 3, 2009

I'm Back..


Dah lama rasanya tak luahkan perasaan pada sesuatu cara yang saya sangat selesa. Akhirnya, saya dah kembali. Kembali jadi blogger secara rasmi. Itu pun lepas kena transfer N.Sembilan. Lama betul saya rehat. Sepanjang 4 bulan saya bertugas kat federal, macam-macam perkara yang saya lalui. Impak paling besar yang bagi kesan pada kehidupan saya apabila saya jejakkan kaki ke rumah sewa yang diberi nama 'AZ-ZAHRA'


Ha..rumah ni dihuni dengan bidadari2 yang ada macam2 latar belakang. Bukan nak puji, diorang ni sangat baik. Jujur saya katakan, saya bukan manusia sempurna. Kadang2 alpha mengejar duniawi. Tapi diorang berjaya mengubah persepsi saya makna hidup dalam 1 komuniti yang harmoni. Ikatan persaudaraan kami ibarat keluarga. Dan saya akan kenang sampai bila2. Bidadari yang paling rapat dengan saya, 'Kak Mas'. Ada 1 hari tu, dia bawa saya pergi rumah salah seorang ex- 'AZ-ZAHRA'. > Kak Dija.. Mengenali Kak Dija buatkan saya tersedar ke alam nyata. Betul Kak, ~ "menjadi peneroka perlu tabah.." Kak Dija adalah salah seorang Ikon saya sekarang ni.. =)