Wednesday, March 31, 2010

Kebangkitan

Tak tahu mana nak mula.
Tak tahu mana arah tuju.
Tak tahu mana penghujung.


Kosong..
Kabur..
Gelap..
Sunyi..
Takut..
Air mata..


Apa lagi aku nak gambarkan?


Penat berhelah..
Penat berlakon..
Penat menjaga hati..


Hati aku?


Dalam tenang ada sabar
Dalam sabar ada kekuatan
Dalam kekuatan ada keazaman
Dalam keazaman ada tekad


Tekad keluar dari semua kekeliruan ini


Aku dah tak peduli


Di sana,
Di pengakhiran nanti
Segalanya akan jadi milik aku jua.


**Aku seikhlas hati maafkan semua orang. Sebab dendam itu bara, marah itu api. Sudah-sudahlah menongkah arus tu. Aku doakan semua yang masih & telah tiada diberkati, dilindungi & sentiasa dirahmati. InsyaAllah, Amin.

Sunday, January 31, 2010

Hanya 1 AHBK ~ Part 2

Finally, ada juga first entri untuk 2010. Cepatnya masa berlalu.. Hihi. Sebenarnya bukan takda masa langsung nak update, cuma banyaknya terluang pada hal-hal lain.. Cewah. Ok2 pasni ni aku ubah perangai. Atleast update once a week. =)

Back to our story, aku nak sambung balik episod tergendala yang aku saja2 nak bahagi2kan jadi banyak part. Jeng Jeng Jeng..

***
Everything running smooth.. Sampai tiba satu tahap (end of 2nd year tengah buat degree), kegilaan aku terserlah bila mula rasa bosan dan berpaling tadah. Berani betul aku main kayu tiga. Haish, sampai sekarang aku menyesal sangat2.

Ye, aku tau aku salah, aku jahat, aku tak jujur, aku macam2lah..

Tapi jangan lupa, kalau aku tak buat salah, macam mana aku nak belajar..? betul tak? hm..   

Owh kalau teringat balik semua tu, badan rasa menggigil. Tergamak aku jadi orang yang dah takda perasaan. Sedangkan selama ni dialah tempat aku kongsi susah senang sama2, tempat aku pinjam bahu bila nak nangis, wrestling, merajuk, mengada2, buat perangai pelik2, gosip panas, etc..

Malam tu..
Dia merayu..
Merayu jangan tinggalkan dia..  
Aku cuma berpaling.. Abaikan kehadiran dia..
Aku tambah lagi penderitaan dia..
"Maaf awak, saya dah ada orang lain.. Tolong pergi dari hidup saya.."
Saat tu aku nampak air mata lelakinya menitis.
Lemah longlai langkah dia tinggalkan rumah aku.
Aku buat2 baca novel. Sedangkan dalam hati aku dah mula berbelah-bahagi.
Rasanya macam nak balik kejar dia, minta maaf..
Mama berulang2 kali merayu, supaya aku ubah fikiran.
Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya dalam kepala ni, mana aku dapat kekuatan macam tu untuk biarkan dia berlalu pergi..

Kejamnya jadi aku.. Permata depan mata aku campak sebab terkejar2 kaca yang belum tentu asal usul.

Hampir 2 tahun berlalu..
Langit tak selalu cerah. Aku kecundang dengan angan2 yang aku cipta dari penderitaan orang lain. Hidup jadi messy. Pointer aku jatuh teruk. Untuk kali pertama, sem tu aku terlepas senarai dekan. Aku mula jauhkan diri dari family. Susah sangat aku nak bangkit semula. Mana2 aku pergi rasa gelap. Tiap2 malam dihantui mimpi ngeri. Aku jatuh sakit. Makan masa berbulan2 untuk sembuh..

Aku beranikan diri telefon dia. Tu pun setelah termakan pujuk mama. Dia tak tukar nombor.. Aku mula update semua cerita sepanjang 2 tahun aku menghilang.

Jawab dia, "Instinct saya kuat mengatakan awak akan balik pada saya. Tapi maaflah, saya dah ada pengganti awak.."

Saat tu aku hanya mampu senyum. Hati jadi kosong. Pada muka aku. Dulu aku buat dia, sekarang kena batang hidung sendiri.  

Berbulan2 aku menyepi.. Akhirnya bunga2 kebahagiaan mula hadir. Ternyata jodoh kami kuat. Dia kembali pada aku. Kembali seperti dahulu. Tapi kali ni lebih kukuh. Dia taknak aku terlepas lagi. Dia berjanji akan jadi yang terbaik untuk aku. 

Hm.. rupanya2nya selama ni dia tunggu aku. Hati dia langsung tak terniat untuk terima orang lain. Owh bertuahnya aku. Terima kasih Tuhan kerana anugerahkan AHBK. Aku berjanji akan jadi budak baik. Aku taknak ulang sejarah hitam tu lagi.. 

Seorang teman pernah berpesan ~

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.." =)

to be continued..

Thursday, December 10, 2009

Aku down sangat hari ni :'(

Aku tak ada kuasa nak lawan takdir.. Tapi aku yakin, Tuhan tu adil sangat.. 
Dia tak kan sesekali bagi ujian berat setimpal dengan kekuatan hamba-Nya dapat tanggung..
~
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti?
Sebaliknya, jika Allah memusuhimu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
(Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)
~
Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, December 9, 2009

disember oh disember..

aku tak suka disember..
kecuali 6/12 (tu pon sebab besday CikLimah)
pasal disember banyak cuti
bila banyak cuti, kerja aku banyak pending
kena kejar target gila2 + closing tu bai..
~
user pun dah menggila
dorang stress, aku lagi la stress 
(nasib baek ati aku kering > kena maki pon "ada aku kesah?")
aku bantai senyom je even tiap2 ari kepala migrain
"customer always right" kan..

lunch pon setakat makan lempeng dalam kereta
 (ihsan cikLimah bagi bawak bekal)
lunch sorang2 sebab kat state kena survive..
Tak masuk bab travel jaoh2
Ni jalan yang aku pilih
~
Aku suka travel jaoh2 
sebab boleh kenal ramai orang
tau banyak tempat
Penat macam mana pon, tapi bila dapat buat transaction
Wiwitlah.. JOB SATISFACTION..
~
perasaan nyer sama macam ~
>aku daki Gunung Angsi Ulu Bendol Januari lepas. 
Nak sampai puncak amek masa 3 Jam. 
Curam sampai kena guna tali ~ aku berdiri 90 degree tu
Kaki injured ~ kuku ibu jari aku tercabot dua2 belah cuz licin nak grip tanah  
jumpa harimau (nasib dia tak ngaummmm cuz ada renjer jaga) 
bau rimau hamis, maybe dia baru sebat bangkai binatang
~
Bila sampai puncak, aku lupa semua susah payah.
Lupa kaki ni dah berdarah2 mintak dirawat
~
Sudahnya balek umah, aku demam seminggu
Tak boleh bangun cuz badan sakit sangat
Kaki pon bengkak
Sian CikLimah tak tidur malam jaga aku.. ='(
~
Aku rindu bau hutan
Aku rindu perasaan kat puncak gunung
Aku rindu bunyi penghuni alam dalam hutan tebal
Aku rindu pada tekstur pokok yang lukakan anggota badan neh
Aku rindu tidur dalam khemah dengan udara bersih
Aku rindu makan ikan bakar fresh2 hasil pancing 
~
Awal taon depan confirm aku apply cuti
Gunung tu da melambai2 panggil aku
I'm coming =)
~
Ya Allah.. permudahkan la segala urusanku..












Sunday, November 29, 2009

Epy Befday 2 Me.. ~ Tanjeobi omedetao noona chan..

He.. =D


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi, atas kurnia-Nya aku masih sempat bernafas & melihat dunia dalam keadaan sempurna. 



Hari ni aku da 24 tahun la.. Kejapnya masa berlalu.. Rasa baru semalam Cik Limah rotan aku pasal lari2 keliling rumah sampai pasu pecah. ~umur aku 2 tahun masa tu. 


Tapi Cik Limah cakap aku cam baru umur 4 tahun.
Perangai macam budak2 lagi. ~biasala.. konon2 kiut


Petang tadi aku dah tempah baju untuk majlis tunang..
Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, bulan 5 tahun depan langsunglah..


Dengan sape lagi kalau tak AHBK.. Aku berkawan dengan dia since tahun 2004. Tapi bila dah stabil ekonomi baru berani nak serius. ~sebenarnya aku terikat dengan kontrak Cik Limah. Belajar kena kasi abes dulu, kerja best2, baru boleh 'berkawan2'.. kikiki =)    


Sebenarnya aku punya perasaan bercampur-baur. Komitmen nak menuju ke alam perkahwinan ni besar. Cukup bersedia ke aku nak bagi 100% pada kerjaya dalam masa yang sama kena jaga family..? Setakat jaga Cik Limah + adik2 aku yang 2 kerat tu takda hal. Tapi bila da masuk family '1 lagi', ada la jugak menggeletar lutut. Banyak hati yang perlu dijaga. 


Hm.. 


Xpe, masih ada masa nak seimbangkan keadaan. 


Anyway, Kredit to CekBoi+CekEmy yang sponsor kek befday yang best ni. Kakak sayang korang walaupun kakak salu buli korang =D


Tak lupa pada Cik Limah yang bersusah payah masak Nasi Ayam sampai 25pot. Nasi Ayam mama TERBAEK!!!


Ha.. lupa pulak AHBK. tak pernah letih layan kerenah aku yang pelik2 ni. TQ syg.. 


& semua kawan2 yang wish. kerana Korang, aku masih berdiri. Thanks alot..


Bai.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Tunang2 Kak Masni..

Entri ni untuk Kak Masni. Sabtu ni (21/11/09) dia bertunang.
Aku tak dapat datang cuz kampung dia kat Ipoh.
Jadi, aku bersengkang mata malam ni buat kek fondant untuk dia.
Esok pas opis hour kena bagi dia ~ Jumaat dia dah cuti
Kak Masni ni senior aku masa kerja kat Standard Chartered dulu.
Konon2 mentor aku la.. Dia masih stay kat situ. Hehe
Anyway Kak Masni, ni je yang mampu aku buat.
Comot2 muka aku main tepung tau..
Terimalah seadanya =)





Okkeila kak, nak tido. Esok kena bekerja dengan bersungguh2.


**aku tengah kumpol2 knowledge pasal bakery stuff. Jika diizin Allah swt, aku nak bukak CakeHouse dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Amin..
**kredit to adik aku sebab jadi assistant chef. kikiki =P

Sunday, November 15, 2009

P.E.L.A.J.A.R.A.N

~Sebenarnya Lp ni suruh aku relax waktu hujung2 minggu. Jangan asyik nak mengadap kerja je. Tapi jangan la sampai hilang semua skali. Bikin panas ni.. 


~Jenuh nak kena balik opis Cyber semata2 amik data dalam Bizop. Install segala macam software. Nak kena ngadap Kak Lin minta tolong bagi copy report lepas2. Yang lagi best, emel Panda langsung xboleh buka. DNS error je memanjang.. 


~Bukan salah aku pun. Aku tersangatlah komited terhadap kerja. Cewah.. Janganlah orang cop aku ni pembawa masalah negara. Aku tak minta pun semua perkara ni jadi. Lepas satu2 perkara jadi. Ish, Astagfirullah.. Jangan mengeluh ye cik kookiez. Aku terima segala ujian-Mu dengan hati yang paling tabah..


~Setiap yang berlaku banyak hikmah. Pasal eksiden haritu, buat aku jadi sangat alert, terutama bila nak reverse kereta. Kopak juga la duit nak ganti spare-part. Pasal Lp ni, lagi banyak knowledge baru aku dapat. Alhamdulillah.. 


~Membanting tulang cari duit, kena korbankan sepenuh tenaga, masa & etc. Nak cari duit halal bai.. pasal aku nak bawa cik limah gi Mekah tahun 2012 =)   


~ Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin.. Dah nak hujung tahun ni. Banyak closing nak kena buat sempena Year End Process.. La Tahzan ye cik Kookiez. Tuhan selalu bersamamu..


da..