Thursday, November 12, 2009

ikhlas dari hati..


wajah kesayangan hamba..

tanpa dia saya x wujud..>off coursela, dah dia cik limahkan..

kerana dia,
saya berjanji dengan diri sendiri untuk kerja bersungguh2 & ikhlas sepenuh hati.
>saya nak kumpul duit, bawa dia pergi umrah & haji 3 tahun dari sekarang..

kerana dia, saya jadi tabah >saya tak pernah tengok dia menitiskan air mata walaupun macam2 ujian datang melanda. semuanya diterima dengan kalimah zikrullah. wa.. dia idola saya

kerana dia, saya tahu makna berjimat. fikir berpuluh2 kali sebelum berfoya2. >saya tahu, waktu lunch dia minum air sejuk je sebab nak bagi saya duit belanja tiap2 bulan. klu saya lapar, saya nanges. hehe..manja betul. konon2 gastrikla 

kerana dia, saya nekad nak score tiap2 sem >dia sanggup pinjam duit orang semata2 nak belikan buku saya. hari saya konvo, dia menitiskan air mata kesyukuran waktu saya atas stage, terima scroll. ijazah tu hadiah untuk dia kerana berjaya besarkan saya sorang2. =)

kerana dia, saya tau makna tanggungjawab >saya anak sulung, harapan keluarga untuk bantu dia besarkan adik2. saya juga powerpuff girl kaler pink. saya akan protect family dari sebarang kejahatan yang melanda. saya tak kan benarkan siapa2 buli dia. saya ketuk kepala orang yang buli tu laju2 nanti. ha..

*sebenarnya entri ni nak beritahu pasal apa saya semangat kerja bersungguh2. Tadi pukul 7.30pm++ baru sampai umah. tapi tiba2 jadi entri cik limah pulak. adoyai =D

Wednesday, November 11, 2009

besday wish =D

Besday wish taon ni,

~saya teringin nak reward diri sendiri dengan cara > mountain climbing kat Gunung Tahan. (tapi annual leave freeze. kena extend next early year)
~saya nak bli software antivirus baru, carry bag laptop kaler pink ada pix bunga2, dengan 1 storage box yang saya boleh sumbat semua file kerja2 saya..


agak2 santa clause saya wujud x? he =)

Friday, November 6, 2009

Hanya 1 AHBK ~ part 1

Saya dah makin banyak bercakap sekarang. Haha.. sebab tu kot saya dapat joint CDC.
Agaknya kalau saya beritahu orang lain dulu saya pendiam, mesti diorang ketawa sambil menari-nari makyong diiringi muzik caklempung.


Sebenarnya saya pendam sesuatu dalam hati lama sangat.


Lower 6 ~ 2003
Saya stay rumah ummi cuz jarak rumah saya ke sekolah, sumpah jauh gila. Saya rapat dengan sepupu sorang ni > yanti. Masa tu Yanti tengah tunggu result SPM. So, dia kerja part-time. Dia ni memang ramai kawan lelaki. Macam saya juga la.. Ni semua pengaruh sekolah teknik dulu. Maklumlah.. 90% darinya semua lelaki. Saya aktif tenis > state player lagi.. tu yang makin popular kot. kikiki.. Ok2 berbalik pada cerita asal, 1 malam tu, tengah sibuk buat revise paper pengajian am, tiba2 telefon rumah bunyi. Tergerak hati nak pick-up. Nak tunjuk bakat terpendam bergayut lama2.


A: salam, blh ckp dgn sha'adah(yanti)?
N: salam. owh, adah xda. dia kerja. ada pesanan?
A: xpelah. awk ni siapa?
N: sy sepupu dia. (dlm hati: apehal aku jadi peramah sgt ni?) 
A: sapa nama? kenapa duduk rumah adah?
N: N. awk siapa? knapa pulak sibuk nk tanya apsal duduk sini?
A: amboi garangnya.. sy A. kwn 1 sekolah adah.
.............
Perbualan diteruskan. ada la dalam nak dekat 2 jam.


Bermula dari saat tu hingga berbulan2 lamanya berlarutan. cewah..


Tiba2 ada la dalam seminggu dia tak contact.
Adoyai.. rasa hidup sepi gila. 
Tapi siapa saya ni kat hati dia sampai dia wajib contact hari2.
Saya ni dah falling in love ke? he


 to be continue..   






Wednesday, November 4, 2009

Menjelang hari khamis


Semalam - eksiden kat hospital PD
Hari ni - sesat nak pergi Tampin
Esok - saya nak puasa =)
Lusa - report setimbun


lalalalala...


Cik Limah dah nyenyak tidur.
Tiap2 malam saya tidur dgn Cik Limah.
Bila Cik Limah mengigau, saya peluk bantal Powerpuff kuat2.
Saya takut Cik Limah Karate saya. He
Bila saya kejut Cik Limah, dia terus terduduk.
Fuh.. (-.-)


anne > mama neh..
ma > mama ngigau apa tadi?
anne > mama suruh bakar TV
ma > he. dah2 tido. esok kerja..



Habis..

Tuesday, November 3, 2009

I'm Back..


Dah lama rasanya tak luahkan perasaan pada sesuatu cara yang saya sangat selesa. Akhirnya, saya dah kembali. Kembali jadi blogger secara rasmi. Itu pun lepas kena transfer N.Sembilan. Lama betul saya rehat. Sepanjang 4 bulan saya bertugas kat federal, macam-macam perkara yang saya lalui. Impak paling besar yang bagi kesan pada kehidupan saya apabila saya jejakkan kaki ke rumah sewa yang diberi nama 'AZ-ZAHRA'


Ha..rumah ni dihuni dengan bidadari2 yang ada macam2 latar belakang. Bukan nak puji, diorang ni sangat baik. Jujur saya katakan, saya bukan manusia sempurna. Kadang2 alpha mengejar duniawi. Tapi diorang berjaya mengubah persepsi saya makna hidup dalam 1 komuniti yang harmoni. Ikatan persaudaraan kami ibarat keluarga. Dan saya akan kenang sampai bila2. Bidadari yang paling rapat dengan saya, 'Kak Mas'. Ada 1 hari tu, dia bawa saya pergi rumah salah seorang ex- 'AZ-ZAHRA'. > Kak Dija.. Mengenali Kak Dija buatkan saya tersedar ke alam nyata. Betul Kak, ~ "menjadi peneroka perlu tabah.." Kak Dija adalah salah seorang Ikon saya sekarang ni.. =)